INFO PROGRAM
Program off shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian. KLE atau “Karnataka Lingayat Education” Society bertempat di Belgaum, Karnataka, India ditubuhkan oleh tujuh guru yang berdedikasi dan tiga orang pengasas. Tujuan mereka adalah untuk mengadakan sebuah aktiviti pengajaran dan pendidikan yang luas dan kuat di kawasan utama Karnataka dan Selatan Maharashtra. Selama lebih 9 dekad menceburi bidang pendidikan , University KLE dan Jawaharlal Nehru Medical College (JNMC) merupakan satu konsortium yang besar yang diiktiraf oleh Ministry of Human Resource Development, India. JNMC di bawah naungan KLE University telah diiktiraf oleh “Medical Counsel India” dan juga MMC dan tersenarai dalam W.H.O Directory of World Medical Institution. JNMC mempunyai sebuah hospital yang besar dan meliputi 1,900 katil. USM-KLE International Medical Program dijalankan di sebuah kompleks akademik yang baharu dan canggih bersebelahan dengan JNMC. Ia dilengkapi dengan dewan kuliah, makmal-makmal, bilik tutorial dan perpustakaan yang serba moden. Kompleks ini juga mempunyai hospital latihan yang tersendiri sebesar 500 katil. Program ini juga akan menggunakan hospital-hospital berdekatan yang sedia ada. Semua penuntut-penuntut akan ditempatkan di asrama dalam kampus yang serba lengkap dengan segala kemudahan seperti stadium rekreasi, IT, bank dan kemudahan makanan yang disediakan. Daerah Belgaum terletak berdekatan dengan GOA dan juga tidak jauh dari Pune, Mumbai dan Bangalore. Ia dikelilingi oleh kawasan pertanian dan mempunyai cuaca yang sederhana.
Curriculum Map