ugm

SS02 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) (BIOLOGI)

INFO PROGRAM

Mikrobiologi

Program Mikrobiologi digubah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan mengenai metabolisme, pertumbuhan, genetik, peraturan dalam mikroorganisma dan pelbagai keadaan di mana mikroorganisma adalah penting kepada manusia dan hidupan lain. Program ini meliputi sejarah perkembangan mikrobiologi, status mikroorganisma dalam dunia hidupan dan kepelbagaian mikroorganisma berdasarkan morfologi, struktur halus, fisiologi, biokimia dan pertumbuhan. Program ini juga diliputi termasuk asas kaedah dalam penyelenggaraan mikroorganisma, pengkulturan, pengasingan, penghitungan dan kaedah pensterilan juga akan menjadi sebahagian program. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa kursus aplikasi dalam mikrobiologi yang akan membolehkan mereka untuk memahami peranan mikroorganisma dalam bidang industri, pertanian, perubatan dan alam sekitar. Dengan itu, program ini menawarkan kerjaya dalam pelbagai bidang mikrobiologi.

Botani/Biologi Tumbuhan

Biologi tumbuhan merupakan satu cabang kajian saintifik yang antara lainnya memfokus kepada fungsi, bentuk fizikal serta perkaitan antara sesama tumbuhan. Oleh kerana tumbuhan merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia, program ini menawarkan kerjaya yang merentas disiplin merangkumi antaranya bidang molekular, taksonomi, botani ekonomi, pendidikan biologi, landskap, taman botani, jabatan kerajaan yang melibatkan tumbuhan dan hotikultur.

Zoologi/Biologi Haiwan

Bidang biologi haiwan mencakupi pelbagai cabang kajian yang menawarkan peluang kerjaya yang luas. Secara am, kesemua pengkhususan biologi haiwan melibatkan pengendalian haiwan samada liar atau dalam keadaan terkawal (di makmal). Oleh itu, bidang ini membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran pengendalian haiwan.

PROSPEK KERJAYA

MIKROBIOLOGI

● AHLI MIKROBIOLOGI ● PENYELIDIK ● PENSYARAH ● PAKAR RUJUK ● PENGURUS

● EKSEKUTIF ● USAHAWAN

BOTANI/BIOLOGI TUMBUHAN

● PENSYARAH ● PEGAWAI PENYELIDIK

ZOOLOGI/BIOLOGI HAIWAN

● PENSYARAH ● PEGAWAI PENYELIDIK ● KLINIK PERKHIDMATAN HAIWAN

Pin It

underlocal 01underlocal 02underlocal 03underlocal 04underlocal 05

 

side under local 01
side under local 02
side under local 03
side under local 04
side under local 05

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
xtel 1 300 888 876 / +604-6533196  | xfax +6046533328   |  xemel admissions@usm.my   |  xfb Student Admissions USM

tanye
  © Hak cipta terpelihara 2017 by Universiti Sains Malaysia.  |  ic account circle white 18dp 1x

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

xtel 1 300 888 876
xtel +604-6533196 
xfax +6046533328  
xemel admissions@usm.my  
xfb Student Admissions USM


tanye 
© Hak cipta terpelihara 2017 by Universiti Sains Malaysia.  |  ic account circle white 18dp 1x