INFO PROGRAM
Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) mula ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh pada tahun 1971. Rancangan ini secara khusus menumpukan pengajiannya kepada hal ehwal kemanusiaan mencakupi bidangbidang peradaban, kebudayaan, pemikiran dan daya cipta. Berdasarkan konsep ini, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yakin bahawa Rancangan Ijazah ini membolehkan pelajar mengenali masyarakat dan manusia sejagat.Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.
Sebahagian daripada falsafah bidang Pengajian Sastera meliputi kaedah-kaedah mengenal, menganalisis dan menyelesaikan masalah manusia dan kemanusiaan secara menyeluruh. Falsafah ini juga berteraskan masyarakat Malaysia sendiri yang meliputi kebudayaan, sejarah, alam sekitar dan perhubungan. Asas ini diberikan penekanan yang khusus demi kepentingan sumbangan yang membina ke arah pembangunan dan perkembangan peribadi masyarakat Malaysia.
Bidang teras (major) yang ditawarkan bawah Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) ialah:
GEOGRAFI
KESUSASTERAAN
SEJARAH
STRUKTUR RANCANGAN
Pelajar yang mengikuti Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) perlu mengumpul 124 unit untuk keperluan pengijazahan. Jenis kursus dan jumlah unit yang perlu diambil adalah seperti berikut:-
Teras Asas (T) 12 } 73
Teras Bidang (T) 61 }
Elektif (E) 12
Minor (M) 20
Kursus Universiti (U) 19
JUMLAH 124