fbpx

ugm

Saluran Pengambilan

 

USM menawarkan pelbagai program pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program seperti Sains, Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Sains Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan, Pergigian, Sastera, Sains Kemasyarakatan, Muzik, Seni Halus, Pendidikan, Ekonomi, Pengurusan dan Perakaunan, sering menjadikan pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Saluran Pengambilan terdiri daripada :

A.Saluran Perdana (Penuh Masa)
B.Saluran Alternatif (Penuh Masa)
 
  • Luar Negara / Antarabangsa
  • Kemasukan Khas
  • Saluran Kedua
  • Program Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Sukan, Warga Budaya & Warga Emas)
  • Isi Rumah 40% Terendah
  • Diploma Kejururawatan
C.Program Pesisir
 
  • MD USM-KLE
  • Seni Bina USM - KPM (PPD)
  • Seni Bina, Kolej Equator
  • Seni Halus, Kolej Equator
D.Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)

MAKLUMAT LANJUT SALURAN PENGAMBILAN

A.   Saluran Perdana (Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf)

Mulai Sidang Akademik 2017/2018 permohonan kemasukan ke USM bagi Saluran Perdana adalah melalui Aplikasi Dalam Talian(Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.moe.gov.my/web/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan khas program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

Untuk keterangan lanjut :-

Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Malaysia

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 6767
Hotline 2 : 03-8870 6777
Faks : 03-8870 6864
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

B.   Saluran Alternatif

i.   Luar Negara / Antarabangsa

Pengambilan bagi pelajar bukan warganegara Malaysia / dari luar negara untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama secara penuh masa. Pelbagai bidang ditawarkan kepada calon luar negara seperti Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan.

ii.   Kemasukan Khas

Kemasukan khas adalah satu saluran khas bagi staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawarkan. Setakat ini, USM hanya menawarkan program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) dan program Sarjana Muda Kerja Sosial (Kepujian).

iii.    Saluran Kedua

Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dan Sains Kesihatan.

iv.    Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Sukan, Warga Budaya & Warga Emas)

Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi Sarjana Muda disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap intelektual di kalangan masyarakat Malaysia. Pelajar yang terpilih dibawah Program Pendidikan Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian 50%.

a.  Warga Sukan
Terbuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Pra-U/Setaraf dan mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.

b.  Warga Budaya
Terbuka kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman atau bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Seni dan diiktiraf di peringkat negara.

c.  Warga Emas
Terbuka kepada warganegara yang berumur sekurang-kurangnya 50 tahun dan ke atas serta mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan.

v.    Isi Rumah 40 % Terendah

Pengambilan Isi Rumah 40% Terendah melibatkan calon pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan daripada aspek sosioekonomi serta kurang mendapat peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Mekanisme mod kemasukan baharu ini adalah salah satu agenda Corporate Social Responsibility (CSR) USM dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar berkaitan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 

vi.    Diploma Kejururawatan

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


C.   Program Pesisir

i.    MD USM-KLE

Program Off Shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian.

ii.   Seni Bina USM-KPM (PPD)

USM telah menjalin kerjasama dengan Politeknik Port Dickson melalui program pesisir USM-KPM(PPD) bagi program Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)(Kepujian)(Seni Bina). Program ini bertujuan meluaskan peluang pendidikan merentas kampus dan merealisasikan motto university 'Kami Memimpin'. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan dan dianugerahkan Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Seni Bina). 

iii.    Seni Bina, Kolej Equator

USM menjalin kerjasama dengan Kolej Equator bagi program Sarjana Muda Sains (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perumahan) (Kepujian) (Seni Bina). Program ini adalah program sedia ada USM dan disasarkan kepada pelajar lepasan Diploma Teknologi Seni Bina, Diploma Rekabentuk Dalaman dan Diploma Berbantuan Komputer (CAD) dan Lukisan (Teknologi Bangunan) dari Kolej Equator dengan syarat kelayakan saluran alternatif sedia ada. Program ini ditawarkan di Kolej Equator pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2019/2020.

iv.  Seni Halus, Kolej Equator 

USM menjalin kerjasama dengan Kolej Equator bagi program Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) (Grafik Komunikasi) dan Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) (Rekabentuk dan Teknologi Media Baru). Program ini adalah program sedia ada USM dan disasarkan kepada pelajar lepasan Diploma Kolej Equator serta pelajar-pelajar lepasan STPM yang lain. Program ini ditawarkan di Kolej Equator pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2019/2020.


D.   Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian Sarjana Muda secara jarak jauh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.

Jangka masa pengajian ialah selama 5 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Sarjana Muda seperti berikut :

  • Sarjana Muda Sains (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)

INFO :


Pin It

underlocal 01underlocal 02underlocal 03underlocal 04underlocal 05

 

side under local 01
side under local 02
side under local 03
side under local 04
side under local 05

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
xtel 1 300 888 876 / +604-6533196  | xfax +6046533328   |  xemel admissions@usm.my   |  xfb Student Admissions USM

tanye
  © Hak cipta terpelihara 2017 by Universiti Sains Malaysia.  |  ic account circle white 18dp 1x

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

xtel 1 300 888 876
xtel +604-6533196 
xfax +6046533328  
xemel admissions@usm.my  
xfb Student Admissions USM


tanye 
© Hak cipta terpelihara 2017 by Universiti Sains Malaysia.  |  ic account circle white 18dp 1x